Panasnya Hari Ini

“Batam Bukan Cerita Hari Ini”

PASIR GUDANG: “Itu (ke Batam) bukan cerita hari ini (semalam), hari ini kita lebih serius dalam hal ini (pencemaran Sungai Kim Kim),” kata Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengulas dakwaan netizen mengenai ketiadaannya di negeri ini kerana ke Pulau Batam, Indonesia.

Menurut Harian Metro, Tanpa menjawab soalan sama ada beliau ke pulau itu atau tidak, Osman meninjau bilik operasi rawatan kepada penduduk yang terhidu pencemaran gas kimia di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pasir Gudang.

Beliau yang melawat kira-kira dua jam bermula 7.45 malam semalam berkata, keadaan di pusat saringan bagi rawatan awal gas kimia itu terkawal, selain mendapat kerjasama baik dari semua agensi.

Netizen sebelum ini mempertikaikan Osman berkunjung ke pulau peranginan Batam, ketika negeri yang ditadbirnya ditimpa musibah akibat pencemaran sisa kimia.

Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik sebagai berkata, tidak tahu mengenai lawatan Osman ke Batam ketika Pasir Gudang dilanda pencemaran toksik

“Dia pergi ke? Saya tidak tahu,” katanya.

Osman dipercayai mengadakan lawatan ke Pulau Batam, Indonesia bagi mempromosikan program Tahun Melawat Johor 2020.

Bagaimanapun, tindakan Osman itu mengundang rasa tidak puas hati netizen terutama ketika rakyat di Pasir Gudang berdepan musibah pencemaran bahan kimia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");