Berita Hari Ini

Bazar Di Jalan Raja Akan Lebih Teratur, Tidak Seperti Jalan TAR

KUALA LUMPUR: Lokasi baharu bazar di Jalan Raja akan lebih tersusun dan teratur berbanding di tapak sedia ada di lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), ujar Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Beliau pada masa sama, bazar di lokasi berkenaan sesuai kerana turut menjadi tumpuan pelancong.

“Perkara itu kita ambil maklum. Pihak DBKL nak Jalan Raja menjadi tumpuan para pelancong di mana bazar-bazar yang kita dirikan adalah bazar yang terurus, bersih dan cantik. Kita akan dirikan petak lebih luas dan kawasan jalan kaki lebih besar.

“Dengan adanya bazar lebih tersusun dan teratur, tidak seperti yang ada sekarang seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad di Dewan Rakyat.

Jelasnya lagi, DBKL menerima banyak bantahan dan aduan pemilik premis kedai selain isu lain seperti laluan masuk premis kedai yang terhalang dan terganggu.

“Selain itu termasuk juga isu kebersihan persekitaran dengan sampah sarap berikutan peningkatan jumlah pengunjung. Selain itu sekarang berlaku aktiviti pembinaan seperti jalan siar kaki di Jalan TAR dan Masjid India. Maka akan memberi kesukaran kepada pengunjung ke bazar. Maka kita nak pindah ke Jalan Raja,” kata beliau.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, bazar Ramadan Lorong TAR dan Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

Lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");