Sukan Hari Ini

Beckham Kata Jika Boleh Mahu CR7, Leo

DAVID Beckham berminat untuk mendapatkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk beraksi bersama Inter Miami CF.

Bagaimanapun, bekas kapten England itu mengakui berkemungkinan besar sukar mendapatkan dua superstar itu yang beraksi cemerlang meraih kombinasi 10 Ballon d’Or antara mereka.

Inter Miami akan membuat penampilan pertama mereka dalam MLS di Fort Lauderdale, Amerika Syarikat pada 2020 selepas perancangan untuk stadium memuatkan 25,000 penonton diterima pada November tahun lalu.

Beckham pula akan memulakan pencarian pemain di atas planet dan enggan menolak kemungkinan untuk mendapatkan gandingan superstar terbabit.

“Setiap orang mempunyai senarai pemain mereka inginkan.

“Setiap orang pasti ada tetapi jika anda lihat Leo (Messi) dan Cristiano, mereka masih bermain sekalipun ramai melihat karier mereka sudah sampai ke penghujung namun saya tidak melihat ia akan berakhir buat mereka,” katanya.

“Mereka bermain pada tahap tertinggi yang menyaksikan sukar buat dua pemain itu untuk meninggalkan kelab mereka wakili sekarang iaitu Juventus dan Barcelona. Apapun, kita tunggu dan lihat.

“Anda tidak tahu apa akan berlaku dalam bolasepak.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");