Membawang Hari Ini

Bella Sah Milik Arif

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Bella Dally, 28, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Arif Izuddin Mohd Radzali, 34, jam 9.55 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Pernikahan Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Wan Mohd Adlan Wan Salleh di Marina Putrajaya.

Bella atau nama penuhnya, Nabilah Ali Dally menerima mas kahwin RM1,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan.

Majlis yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Antara selebriti yang hadir termasuk Mira Filzah, Elfira Loy dan Nelydia Senrose.

Terdahulu, Bella dan Arif yang juga ahli perniagaan mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Ia adalah perkahwinan kedua Bella.

Sebelum ini, pelakon filem Desolasi itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nazim Othman pada 10 September 2016, namun berpisah pada 2 Mei tahun lalu memetik lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");