Sukan Hari Ini

Beregu Indonesia Bangkit Atasi Aaron-Wooi Yik

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia dalam acara beregu lelaki Seluruh England lebur apabila tewas kepada bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Arena Birmingham, malam tadi.

Bagaimanapun, menurut BH Online, pujian tetap perlu diberikan kepada pasangan muda negara itu kerana berupaya memberi tentangan sengit dalam tempoh 49 minit sebelum tumbang 21-11, 14-21, 12-21 kepada Ahsan-Hendra di pentas final.

Kegagalan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus kemarau gelaran di peringkat senior sejak disatukan selaku beregu pada November 2017.

Kali terakhir, Malaysia berjaya menjuarai acara beregu lelaki dalam kejohanan badminton tertua dunia itu adalah menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2007.

Dalam aksi berkenaan, Aaron-Wooi Yik seakan menepati status ‘pembunuh gergasi’ di set pertama apabila tenang mengetepikan cabaran lawan 21-11, namun mereka seolah-olah goyah sejak bermula set kedua sehingga ketinggalan 0-5 sebelum dijinakkan oleh Ahsan-Hendra 21-14 untuk aksi diheret ke set penentuan.

Pada set ketiga mereka terus longlai apabila banyak melakukan kesilapan sekali gus kecundang 12-21 kepada gandingan veteran Indonesia itu yang juga bekas juara edisi 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");