Berita Hari Ini

Beri Ruang Pada Kerajaan Untuk Baiki – Dr Wan Azizah

PERMATANG PAUH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, selain berusaha untuk mencari idea untuk penambahbaikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan barisan Kabinet di dominasi muka baharu yang tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran.

Sehubungan itu, katanya, rakyat diminta untuk memberi ruang secukupnya bagi Kerajaan Persekutuan membuat penambahbaikan dalam pentadbirannya.

“Berilah kita (Kerajaan Persekutuan) sedikit ruang… memang ada kelemahan, saya akui dan tiada yang sempurna sebab Kabinet semua muka baharu kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Malah, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng pula hanya berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kita pun baru saja sembilan bulan dan tak mudah mahu baiki sistem dalam tempoh singkat.

“Ini bukan alasan tetapi kita cuba usahakan mesyuarat demi mesyuarat. Rakyat cakap sampai bila mereka perlu bersabar tetapi inilah faktanya, selain kerajaan berdepan dengan faktor hutang yang banyak dan dana tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Pemangku Pengerusi PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Pada program sama, beliau turut mengimbau perjuangannya untuk menawan Parlimen Permatang Pauh selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan berikutan kes liwat dihadapinya, pada 2014.

“Saya tidak akan lupa ketika masa susah kita dahulu. Saya tahu siapa tolong kita dan cuba buat yang terbaik… paling penting niat dan usaha kita untuk menang,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");