Membawang Hari Ini

Berpisah Jalan Terbaik Buat Kami – Nonny Nadirah

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa bulan membiarkan status rumah tangganya menjadi persoalan, Nonny Nadirah akhirnya membuat pengakuan, dia dan suaminya sudah berpisah.

Tanpa mendedahkan tarikh perpisahan mereka, Nonny atau nama lengkapnya, Nonny Nadirah Zainuddin, 29, mengakui, berat untuk dia meluahkan perkara itu kepada umum.

Pelakon yang popular menerusi drama Istikharah Cinta itu berkata, dia dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung pada Oktober lalu.

“Mungkin sudah ditakdirkan jodoh kami tidak panjang. Tidak timbul isu orang ketiga, sebaliknya ia berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.

“Maaf, buat sementara waktu, saya belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah. Bukan ini jalan yang kami mahukan, tetapi kami tidak mampu melawan qada dan qadar.

“Kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan, bimbang nanti akan memudaratkan diri. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini jalan yang terbaik buat kami berdua,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Spekulasi keretakan rumah tangga bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu mula diperkatakan apabila dia dan bekas suaminya, Mustain Adnan memadam semua gambar serta video mereka bersama di laman sosial, Instagram.

Desas-desus itu semakin kencang apabila Nonny berangkat ke Tanah Suci Makkah pada pertengahan Januari lalu tanpa suaminya sebagai mahram, sebaliknya ditemani bapa saudaranya.

Nonny berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi usia perkahwinan mereka masih hijau.

Nonny, bagaimanapun akur, dia perlu berterus terang supaya tidak menimbulkan fitnah dan salah sangka umum.

“Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Namun, saya tahu Allah sentiasa ada bersama dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.

“Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik,” katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah, selepas sembilan tahun berkenalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");