Berita Hari Ini

Bincang Wajibkan Vaksin

AYER KEROH- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan perbincangan bersama dua kementerian berhubung kajian mewajibkan kanak-kanak menerima suntikan vaksin imunisasi dibenar memasuki sesi persekolahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, JAKIM akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti cadangan berkenaan bersama Kementerian Pendidikan sebelum sebarang dasar ditetapkan.

“Apabila seseorang tidak mengambil vaksin, dia boleh memudaratkan orang lain seperti pelajar meninggal disebabkan difteria berjangkit kepada orang lain, baru-baru ini.

“Dari sudut maqasid syariah, itu membahayakan nyawa orang lain. Jadi, kita perlu buat dasar mewajibkannya (vaksin) tetapi memerlukan fatwa dan kajian yang sedang dibuat JAKIM. Kita akan bantu KKM bersama Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan KKM bersedia mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin, iaitu MMR dan difteria menerusi Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak dalam tempoh terdekat manakala Kementerian Pendidikan tidak berhasrat mewajibkan suntikan vaksin sebagai syarat kepada murid untuk bersekolah.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Town Hall Maqasid Syariah peringkat negeri yang dirasmikan Ketua Menteri Adly Zahari di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Melaka adalah negeri pertama melaksanakan program berkenaan sebagai usaha menyokong hasrat Kerajaan Persekutuan bagi membincangkan pelbagai perkara demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negeri dan negara.

Sementara itu, Adly berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka memberikan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan membincangkan pelbagai tuntutan syariah Islam memetik laporan Harian Metro.

“Ini bukan saja soal ibadah tetapi akhlak, pentadbiran yang baik dan pemikiran dengan mengambil kira tujuan yang harus dicapai bersama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");