Berita Hari Ini

Brunei Bertegas Laksana Undang-Undang Syariah

BRUNEI: Brunei mempertahankan haknya untuk melaksanakan undang-undang Syariah yang akan membenarkan hukuman rejam sampai mati untuk pesalah zina dan homoseksual meskipun mendapat kritikan global.

Brunei, negara bekas jajahan British yang majoriti penduduknya beragama Islam dan akan melaksanakan undang-undang Syariah bermula 3 April depan dengan kanun keseksaan baru dengan melaksanakan hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan liwat, zina atau rogol dan memotong tangan atau kaki untuk kesalahan mencuri.

Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri, pada 2014, Brunei sudah mula memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara berperingkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya bermula minggu depan.

“Selain dari menghalang perbuatan jenayah dan mencegahnya agar tidak bertentangan dengan Islam, pelaksanaan undang-undang Syariah turut bertujuan untuk mendidik, menghormati dan melindungi semua hak secara sah dari individu, masyarakat atau warga negara tanpa mengira agama dan bangsa,” kata kenyataan itu, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Beberapa aspek undang-undang juga akan diguna pakai kepada orang bukan Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");