Walaupun dikecam pembangkang sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu baru pengumuman dan bukannya dibayar sebelum hari pengundian PRK tersebut.

“Dari segi hasrat, kita umum tapi tidak bayar, saya rasa itu tak kenalah (dakwaan pembangkang), ini secara ikhlas kita nak buat setiap akhir suku tahun.

“Itu sebabnya kita faham masalah yang dihadapi rakyat tetapi kita pun tersekat oleh kekangan kewangan,” katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Shahar antaranya mempertikaikan pengumuman insentif itu yang dilakukan dalam tempoh berkempen PRK DUN Semenyih. -UTUSAN ONLINE