Berita Hari Ini

Bunuh Budak: Polis Rampas Selimut Dengan Kesan Darah

LANGKAWI: Polis merampas selimut tebal yang mempunyai beberapa titisan darah di rumah pasangan suspek suami isteri di Kuarters Hospital Langkawi untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata tilam itu dirampas Unit Forensik pada jam 3.30 petang tadi di bilik tidur mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan ada undur penderaan terhadap mangsa di rumah itu.

“Tilam itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi membantu siasatan. Selain itu kita akan meneruskan temubual dan soal siasat terhadap pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kita juga akan turut merakam percakapan semua anak pasangan terbabit bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, malam ini.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya juga sudah menghubungi ibu mangsa untuk memaklumkan mengenai penemuan tengkorak dan cebisan rambut di kawasan gaung di Gunung Raya, pagi tadi dan dia kelihatan sedih dengan kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, ibu mangsa sanggup memberi kerjasama termasuk mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi esok.

“Kita juga akan mengambil sampel darah pasangan suspek suami isteri itu untuk siasatan untuk membantu siasatan penemuan titisan darah pada toto (selimut tebal) yang ditemui memandangkan suspek wanita mengatakan suaminya pernah memukul (mangsa).

“Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Langkawi bersama Unit K-9 akan ke lokasi penemuan tengkorak itu semula untuk mencari anggota badan lain.

“Berkemungkinan besar kita bimbang anggota badan sudah di makan binatang buas dalam hutan berkenaan dan kita akan luaskan lokasi pencarian, …yang agak mencabar kerana hutan tebal,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, pagi tadi pencarian terpaksa dihentikan berikutan kawasan itu berbahaya kerana gaung yang dalam menyukarkan pihaknya mencari anggota badan mangsa lain.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi, polis menemui tengkorak dan cebisan rambut di kawasan gaung di Gunung Raya, dekat sini dipercayai milik kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dilaporkan hilang ketika dalam jagaan pasangan suspek sebelum ini.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");