Jenayah

Cederakan Isteri Guna Penyodok Sampah

MELAKA- Seorang pemandu lori direman selepas dipercayai mencederakan isterinya dengan menggunakan penyodok sampah dalam kejadian di rumahnya di Taman Seri Krubong, di sini, semalam.

Perintah reman tiga hari sehingga Jumaat ini ke atas lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Anuar Ostadi.

Lelaki terbabit direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber polis berkata, suspek ditahan ketika hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, semalam.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham dan pertengkaran mulut antara dia dan isterinya yang berusia 30 tahun.

“Bagaimanapun ketika bertengkar, suspek dipercayai bertindak menyimbah minuman panas yang diminumnya ke arah dada isteri.

“Dia juga bertindak membaling penyodok sampah ke arah muka mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan terpaksa menerima 20 jahitan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perintah tahanan reman terbabit lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");