Panasnya Hari Ini

Ciapan ‘Crybabies’ – Saya Beri Nasihat Pada Diri Saya, Kata Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mendakwa bahawa kenyataannya melalui Twitter yang menyebutkan bahawa Malaysia memerlukan pemimpin yang akan berjuang sehingga ke saat akhir, dan bukannya pemimpin ‘crybabies’ atau cengeng ditujukan kepada diri sendiri.

Sebelum ini spekulasi bertiup kencang bahawa ciapan Twitter timbalan presiden PKR itu merujuk kepada Nurul Izzah Anwar yang pada wawancaranya dengan Straits Times, Singapura, antara lain menyatakan kekecewaan terhadap Pakatan Harapan kerana usaha perubahan yang perlahan di bawah pentadbiran kerajaan baru.

“Tak ada la… saya memberi nasihat pada diri saya,” kata Azmin kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melawat mangsa yang dilanda ribut  di Gombak, petang tadi.

Ditanya sama ada beliau mempunyai nasihat untuk Nurul, Azmin menjawab: “Siapalah saya nak beri nasihat?”

Beliau juga enggan diheret dalam pertikaman lidah dengan ayah Nurul yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang berkata, “ada orang yang hanya cuma mahu mempertahankan kedudukan dengan apa cara sekali pun.”

“Dia (Anwar) tak kata kat saya pun, awak pandai-pandai je, nak tuduh dia.

“Jangan tuduh, dia. Tidak, tidak, dia tak sebut,” kata Azmin.

Ini di sebalik kenyataan Anwar yang menasihatkan timbalannya itu “tenangkan diri”daripada membuat kenyataan.

Dalam wawancaranya dengan akhbar Singapura itu, Nurul, yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, memberi gambaran bahawa penggal ini adalah yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Antara lain, Nurul Izzah menyatakan rasa kecewanya dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH.

Selain itu, beliau juga menyentuh tentang cabaran bekerjasama dengan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai “bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan”

“Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah,” kata Nurul Izzah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");