Berita Hari Ini

Cuti Seminggu Isteri Bersalin Bagi Pekerja Swasta Dikaji

KUALA LUMPUR: Pekerja lelaki di sektor swasta turut akan berpeluang mendapat cuti satu minggu tanpa rekod bagi membantu menguruskan isteri yang bersalin seperti dinikmati sektor awam ketika ini.

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata, keputusan itu kini sedang dibincangkan dan diperhalusi dengan majikan sebelum satu keputusan muktamad dicapai tidak lama lagi.

“Ya, kita sedang perhalusi (cuti isteri bersalin kepada suami) dan satu keputusan muktamad akan diberi tidak lama lagi.

“Kita sedang meminda undang-undang berkenaan dan akan merangkumi pandangan Yang Berhormat,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang bertanya adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji penetapan cuti bersalin bagi bapa di sektor awam dan swasta.

Ketika ini cuti bersalin tanpa rekod selama satu minggu diberikan kepada pekerja lelaki sektor awam untuk membantu isteri yang bersalin.

Menjawab soalan asal Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-PKR Kapar) adakah kerajaan membolehkan pekerja memohon cuti tanpa rekod untuk mengulangkaji bagi pekerja awam yang akan mengambil peperiksaan pengajian, Kulasegaran berkata, tiada peruntukan seperti itu.

“Mengikut peruntukan undang-undang tidak ada cuti tanpa rekod diberikan untuk pekerja awam lakukan ulang kaji ketika peperiksaan.

“Tetapi jika ada perjanjian kolektif di mana ada terma yang dipersetujui maka ia boleh diimplimentasikan. Jika majikan enggan beri cuti, itu kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");