Panasnya Hari Ini

Dia Pilih Parti Kerajaan, Apa Kita Boleh Buat?’

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan tetap diketuai oleh Ronald Kiandee.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata kerajaan telah memenuhi manifesto pilihan raya dengan melantik Ronald ke jawatan itu ketika pemimpin itu bersama pembangkang.

“Tetapi kalau dia pilih nak masuk parti kerajaan, apa kita boleh buat? Bukan dia dipilih daripada parti kerajaan, dia dipilih daripada parti lawan,” katanya kepada media ketika menghadiri sebuah majlis di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata semua komponen dalam PH bersetuju bahawa Ronald, yang menyertai Bersatu semalam, akan terus mempengerusikan PAC.

Semalam, pemimpin PH, Hannah Yeoh dan Nurul Izzah Anwar menggesa agar PAC dipengerusikan oleh anggota parlimen pembangkang seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH pada PRU lalu lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");