Panasnya Hari Ini

Diktator Tak Benarkan Pengkritik Bersuara, Kata Rina

Individu yang mengamalkan sifat diktator tidak akan membiarkan pengkritik bebas bersuara, tegas Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Merujuk kepada kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkataan ‘diktator’, Rina berkata Dr Mahathir selama ini sentiasa terbuka dan amat rasional dalam menerima kritikan dan perbezaan pandangan.

“Sehubungan itu saya menyeru anggota dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) memegang prinsip menghormati sesama rakan pakatan dalam menyalurkan perbezaan pandangan berbeza.

“Kita harus menghayati semangat kesepakatan kita kerana sebagai pimpinan kerajaan saya rasa rakyat lebih memerlukan kisah usaha yang sedang kita laksana untuk kesejahteraan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rina, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata ruang untuk mengkritik dan menyuarakan pandangan yang berbeza telah diamalkan oleh PH sejak Majlis Presiden PH diwujudkan.

Media sebelum ini melaporkan, ketika wawancaranya bersama akhbar Singapura, Nurul Izzah antara lain menyatakan beliau sukar bekerja dengan ‘bekas diktator’.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");