Sukan Hari Ini

Dollah Tak Salahkan Mat Yo

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh enggan menyalahkan Norshahrul Idlan Talaha selepas penyerang itu gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Kedah, malam tadi.

Menurut bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, Norshahrul atau Mat Yo turut kecewa terlepas peluang itu kerana jika jaringan itu disempurnakan ia membantu pasukan untuk memberi tekanan kepada lawan.

“Namun, saya puji dengan komitmen Norshahrul kerana dapat mengekalkan corak permainannya sepanjang perlawanan untuk bersama mendapatkan gol buat pasukan,” katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur malam tadi, pengadil perlawanan Mohammad Zamzaidi Katimin memberikan sepakan penalti selepas kapten Helang Merah, Baddrol Bakhtiar menjatuhkan Dickson Nwakaeme di dalam kotak penalti pada minit ke-26.

Namun, sepakan Norshahrul ditepis keluar penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Bagaimanapun, pemain gantian, Zuhair Aizat Mohd Nazri muncul wira Tok Gajah apabila jaringan yang dihasilkan lima minit sebelum perlawanan tamat memastikan Pahang mengutip tiga mata.

Mengulas lanjut perlawanan itu, Dollah bangga dengan komitmen pemain yang tidak mengenal erti putus asa untuk memburu kemenangan.

“Saya gembira kerana pemain melakukan segala-galanya untuk mencatat kemenangan sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.

“Bagi saya, semua pemain beraksi dengan baik dan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi dinafikan pertahanan lawan.

“Kita juga menguasai 65 peratus permainan dan kemenangan ini memberi lebih keyakinan kepada pemain untuk mengekalkan prestasi ini pada perlawanan akan datang,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");