Berita Hari Ini

Dr M Tiba Di Manila Untuk Lawatan 3 Hari

MANILA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Manila hari ini untuk lawatan 3 hari ke Filipina.

Beliau tiba di Pangkalan Udara Bulwagang Kalayaan Villamor pada 7.50 malam waktu tempatan dan disambut oleh Setiausaha Teknologi dan Maklumat Filipina, Eliseo M Rio.

Turut hadir menyambut ketibaan perdana menteri ialah Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Manila, Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

Esok, Mahathir dijadual untuk menyampaikan ucap utama sempena pertemuan beliau dengan pemimpin industri di Filipina di Forum Perniagaan Malaysia-Filipina.

Beliau seterusnya akan bertemu bekas presiden dan Yang Dipertua Dewan Perwakilan Filipina, Gloria Macapagal Arroyo diikuti dengan satu perjumpaan dengan Penasihat Presiden Mengenai Keusahawanan dan Perniagaan ASEAN, Jose Ma Concepcion III.

Mahathir juga akan menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Rizal sebelum menghadiri upacara acara sambutan tetamu kehormat negara di Istana Malacanang.

Mahathir juga akan menghadiri mesyuarat bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacanang dan satu kenyataan bersama akan dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin selepas pertemuan berkenaan.

Perdana menteri juga dijadualkan berjumpa dengan rakyat dan penuntut Malaysia di Manila pada hari terakhir lawatan sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Selain Saifuddin, turut mengiringi Mahathir dalam lawatan ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");