Jenayah

Dua Lelaki Hina Agama Islam, Nabi Direman Sehingga Ahad

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditahan polis pada Rabu selepas memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, akan direman selama empat hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan perkara itu kepada Astro Awani dan menyatakan keduanya akan ditahan reman sehingga Ahad ini.

“Kedua suspek berkenaan akan direman selama empat hari,” katanya ringkas kepada Astro Awani, pada Khamis.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter ‘Alvin Chow’ dan pemilik akaun Facebook Danny A’antonio ditahan pada Rabu berikutan menghina agama Islam, Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Kedua-dua suspek berusia 43 dan 28 tahun tersebut ditahan di Plaza Pudu dan Seri Kembangan.

Kedua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian memetik laporan Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");