Berita Hari Ini

Dua Minggu Sebelum Pilihan Raya, Israel Serang Gaza

Regim Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan pada Isnin sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas.

Serangan pada Isnin tercetus selepas tujuh penduduk Israel tercedera berdekatan Tel Aviv susulan serangan roket Hamas.

Ketegangan itu terus memuncak dua minggu sebelum Israel melakukan pilihan raya yang menyaksikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berusaha mengekalkan kuasa yang diperolehi sedekad yang lalu.

Pada masa yang sama, Netanyahu berdepan tuduhan skandal rasuah serta pakatan pembangkang yang mahu beliau letak jawatan.

Bagaimanapun situasi tegang itu tidak lama sebelum khabar bahawa satu genjatan senjata dipersetujui dua pihak atas pertolongan Mesir.

Bagaimanapun, penduduk tempatan berkata pesawat tentera Israel terus menyerang dua kawasan di Gaza sekaligus tidak mengendahkan persetujuan genjatan senjata.

Israel pula enggan mengulas sama ada perjanjian genjatan senjata sudah dipersetujui.

Sejurus selepas serangan itu, Netanyahu pulang ke Israel pasca pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Washington.

Untuk rekod, pada perang Gaza 2014 sejumlah 2,100 rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh tentera Israel.

Israel merampas Gaza pada 1967 secara haram sebelum ini menarik semula tentera mereka pada 2005 dan sejak itu wilayah tersebut terus bergolak lapor AstroAwani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");