Perak Hari Ini

Dua Treler Terbakar, PLUS Arah Selatan Sesak Teruk

IPOH : Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari arah utara ke selatan dinasihat agar menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan susulan kebakaran dua buah treler di Kilometer 257.

Jurucakap PLUS berkata kebakaran kira-kira pukul 11.30 pagi di KM257 arah selatan, selepas Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak itu mengakibatkan kesesakan kira-kira 10km di kedua-dua arah.

“Laluan arah selatan ditutup sepenuhnya di kawasan kejadian bagi membolehkan operasi memadam kebakaran, manakala laluan arah utara hanya lorong kanan di kawasan kemalangan ditutup bagi operasi pihak bomba.

“Arah utara turut sesak kerana selain penutupan lorong kanan untuk operasi bomba, orang ramai turut memperlahankan kenderaan bagi menyaksikan kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 11.40 pagi sebelum sebuah jentera dan ambulans dari Balai Bomba Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian mendapati dua buah treler terbakar masing-masing 80 dan 90 peratus,” katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Beliau berkata sehingga pukul 1.20 tengah hari ini, operasi pemadaman masih dijalankan dengan menggunakan buih yang turut dibantu jentera dari Balai Bomba Ipoh.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan di laman Facebook menasihatkan agar pengguna lebuh raya dapat menggunakan laluan alternatif di susur keluar Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");