Sukan Hari Ini

Guardini Buru Lebih Banyak Kejayaan LTdL 2019

KUALA LUMPUR: Pemegang rekod terbanyak kemenangan peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL), Andrea Guardini kembali bagi edisi 2019 dengan misi memburu lebih banyak kejayaan bersama pasukan Pro Benua, CSF Bardiani.

Menurut BH Online, kelibat Guardini pastinya menjadi tumpuan bagi perebutan jersi Hijau selaku Raja Pecut bagi saingan LTdL yang dijadual bermula dari 6 hingga 13 April ini.

Pelumba kelahiran Tregnano, Itali berusia 29 tahun itu mendapat gelaran Mr Langkawi selepas melakar sejarah tersendiri apabila meraih lima kemenangan peringkat termasuk kedudukan teratas bagi saingan raja pecut meskipun dalam penampilan sulungnya pada 2011 di mana dia beraksi untuk pasukan Farnese Vini ketika itu.

Sehingga kini, tiada pelumba yang mendominasi kategori Raja Pecut di perlumbaan berstatus 2.HC ini dan rekod yang dipegang membuktikan betapa mendalam minatnya terhadap LTdL.

Sejak pertama kali beraksi secara profesional pada 2011, Guardini hanya terlepas edisi 2017 yang mana dia mewakili pasukan UAE Abu Dhabi yang tidak mengesahkan penyertaan untuk beraksi di LTdL.

Sebagai rekod, Guardini berjaya meraih 42 kemenangan peringkat dan 24 daripadanya datang daripada saingan LTdL.

Dalam misi meraih kejayaan, Pengarah Bardiani CSF, Roberto Reverberi turut menurunkan Mirco Maestri untuk mengukuhkan lagi kedudukan Guardini ketika melakukan henjutan.

Meskipun mula berkayuh secara profesional pada 2015, Maestri yang berusia 27 tahun memulakan musim ini dengan cemerlang termasuk meraih mata ketika beraksi di Tirreno Adriatico sekaligus mengejutkan nama besar ketika itu.

Seorang lagi pelumba yang dijangka mencuri tumpuan adalah Alessandro Pessot yang dijangka menjadi salah satu tumpuan bagi saingan LTdL 2019.

Pessot akan membuat penampilan sulungnya di Langkawi dan pernah beraksi di perlumbaan antaranya Milan San Remo minggu lalu malah, berjaya memberi tentangan hebat ketika menyertai jelajah Vuelta Andalucia yang berlangsung bulan lalu.

Selain Guardini dan Pessot, CSF Bardiani turut diperkuatkan dengan kelibat Paolo Simon (26 tahun) dan dua pelumba muda, Michael Bresciani (24 tahun) dan Daniel Savini (21 tahun).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");