Jenayah

Guru Tak Puas Hati, Labur RM190,000 Dapat Pulangan Hanya RM37,950

KUANTAN: Seorang guru wanita di sini berputih mata kerugian RM152,050 selepas membuat pelaburan tunai dengan sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal sejak 2015.

Mangsa berumur 48 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam selepas tidak lagi menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.

Menurut ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, kejadian bermula  pada April 2015 apabila mangsa diperkenalkan oleh rakannya satu pelaburan oleh sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal.

“Sebanyak empat pakej ditawarkan kepadanya iaitu berjumlah RM1,000, RM3,000, RM5,000 dan RM10,000, dimana ahli yang melaburkan akan menerima satu perempat pulangan (dalam bentuk produk termasuk kopi) dan tiga perempat pulangan (dalam berbentuk wang).

“Mangsa secara keseluruhan sudah melabur sebanyak RM190,000 dan hanya menerima pulangan dalam lebih kurang RM37,950,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, bermula dari November 2016, mangsa tidak lagi menerima sebarang pulangan dan pihak syarikat memberikan alasan bahawa program serta  pakej sedang dinaiktaraf bagi keuntungan yang lebih tinggi untuk semua ahli.

“Namun sehingga kini, tidak mendapat sebarang maklum balas yang positif daripada pihak syarikat. Mangsa berasa tidak berpuas hati dan membuat laporan polis semalam,” katanya.

Mohd Wazir berkata, susulan laporan dibuat mangsa, polis membuka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan lapor Astro Awani.

“Kita juga sedang mengesan suspek utama kes ini iaitu pemilik syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");