Perak Hari Ini

Hentikan Khabar Angin Kerajaan Akan Ditukar – MB Perak

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan kepada semua pihak supaya hentikan segala khabar angin berkenaan masalah yang timbul di negeri ini.

Katanya, beliau berasa begitu terharu dengan keyakinan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

“Saya harap khabar angin berkenaan dengan masalah yang timbul di negeri ini ataupun spekulasi mengenai adanya usaha-usaha untuk menukar kerajaan dapat dihentikan.

“Berkali-kali saya telah saya tegaskan mengenai hal ini yang mana sejak dari mula pemerintahan kerajaan PH lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa merasmikan Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Junid, Chemor di sini hari ini.

Selain itu beliau juga memohon kepada semua pihak sama ada dikalangan PH sendiri ataupun pembangkang untuk meninggalkan sebentar politik seperti dan fokus kepada masalah rakyat.

“Sekarang kita mesti tumpukan kepada usaha untuk memajukan negeri kita, namun apabila saya utarakan hal sedemikian, ada pula pihak yang mengatakan bahawa parti politik tiada kerja lain tetapi hanya tahu berpolitik sahaja.

“Tetapi berpolitik demi kepentingan rakyat itu sangat digalakkan tetapi, jika berpolitik untuk kepentingan sendiri ataupun ingin kembali menubuhkan kerajaan dan menjaga kepentingan diri demi menyambung semula projek yang tidak sudah sejak dulu adalah lebih baik dihentikan.

“Bagi saya, ini adalah masa yang terbaik supaya pihak pembangakang dapat mengambil iktibar dari apa yang berlaku semasa pilihan raya yang lepas kerana bilamana kita sendiri ditolak oleh rakyat, janganlah kita pula berusaha untuk menjatuhkan kerajaan lain,” katanya.

Tambah beliau, keadaan telah ditentukan dan pihak pembangkang sepatutnya bermuhasabah dan mencari jalan bagaimana mereka ingin menjadikan wadah yang mereka pegang diterima semula oleh rakyat dan bukannya dengan cara seperti ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai khabar angin akan ada penukaran barisan exco.

“Setakat ini tiada perubahan Exco dalam kalangan kerajaan negeri seperti yang di khabarkan malahan barisan kepimpinan yang sedia ada akan dikekalkan.

“Seperti kelazimannya, pada setiap tahun para Exco akan kembali untuk mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan sebelum acara tersebut, saya akan mempersembahkan barisan Exco kepada baginda untuk diperkenankan dan jika diperkenankan, perkhidmatan mereka akan dilanjutkan.

Ujarnya lagi, prestasi perkhidmatan dirinya serta para exco boleh diperbaiki tetapi setakat ini mereka masih berkerja dengan sangat baik dan beliau sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka semua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");