Perak Hari Ini

“Hentikanlah Spekulasi Ada Gerakan Mahu Jatuhkan MB Perak”

BEHRANG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap agar segala spekulasi dan dakwaan yang mengatakan terdapat gerakan yang mahu menjatuhkan beliau dapat dihentikan.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang menafikan kononnya merestui gerakan tersebut juga sepatutnya dapat menghentikan semua dakwaan itu.

“Sasaran UMNO dan Pas di semua tempat. Tapi kita di sini suka melayan. Kalau kita tidak melayan, ia tidak akan jadi apa-apa dan semua pihak akan bekerja dengan baik.

“Saya berharap agar kita dapat hentikan dan tak usah lagi timbulkan cerita seumpama itu.

“Sehingga Perdana Menteri pun kena ulas. Kasihan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak sekali lagi berharap agar semua pihak tidak lagi terus melayan usaha jahat sesetengah pihak yang mahu cuba mewujudkan keadaan tidak stabil di negeri ini.

Dalam pada itu beliau berkata walaupun wujud kerjasama antara UMNO dan PAS, namun kedudukan kesemua parti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak masih kekal sama seperti sebelum ini dan tiada perubahan.

“Pada sidang DUN akan datang, kerajaan PH akan berada dalam posisi sama dan pembangkang pun berada dalam posisi yang sama.

“Semua akan menjalankan tanggungjawab masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan IMAMI di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Presiden IMAMI yang juga pelakon terkenal tanah air, Datuk Ahmad Tamimi; Siregar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Aminuddin Zulkipli.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar berkata kerajaan negeri bersedia untuk menganugerahkan semula tanah kepada penduduk keturunan Mandailing untuk membina Istana Mandailing di Batu Gajah yang sebelum ini diambil semula kerajaan kerana gagal membayar premium tanah tidak.

“Persatuan IMAMI kita lihat sangat aktif dan bagi pihak kerajaan negeri, kita tidak ada masalah untuk menganugerahkan semula tapak tersebut untuk kita juga bangunkan satu pusat aktiviti masyarakat Mandailing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");