Tiga gol Malaysia dalam perlawanan itu diperoleh menerusi Muhammad Firhan Ashari seawal minit kelima, Muhammad Razie Abd. Rahim (m-17) dan Mohd. Fitri Saari (m-23).

Dua gol Kanada pula dijaringkan oleh Gordon Johnston pada minit ke-15 dan 22.

Kemenangan itu menjamin tempat buat Malaysia untuk beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat petang esok dan mereka sekali lagi bakal bertemu Kanada.

Kejayaan memenangi tempat ketiga edisi kali ini akan menyaksikan Malaysia mampu memperbaiki pencapaian tempat keempat diraih pada penganjuran tahun lalu.

Aksi lain yang berlangsung hari ini menyaksikan India membelasah Poland 10-0, sementara Korea Selatan mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Jepun. – K! ONLINE