Berita Hari Ini

Jab Kesihatan: Tiada Kematian Akibat Pencemaran Kimia Di JB

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan tiada sebarang kematian akibat dari kejadian pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru seperti yang tular di media sosial, semalam.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz turut menafikan penularan kenyataan melalui Whatsapp mengenai pengisytiharan Red Alert oleh pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang turut tular hari ini.

“JKNJ ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai dan menyebar maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan.

“Pihak JKNJ juga menyeru agar masyarakat lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib. Maklumat terkini keadaan akan disiarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dari semasa ke semasa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran ‘Red Alert’ kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang.

Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan tiada sebarang kematian akibat dari kejadian pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru seperti yang tular di media sosial, semalam.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz turut menafikan penularan kenyataan melalui Whatsapp mengenai pengisytiharan Red Alert oleh pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang turut tular hari ini.

“JKNJ ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai dan menyebar maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan.

“Pihak JKNJ juga menyeru agar masyarakat lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib. Maklumat terkini keadaan akan disiarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dari semasa ke semasa,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran ‘Red Alert’ kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang.

Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital memetik laporan Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");