Panasnya Hari Ini

Jangan Pandang Negatif Teguran Nurul Izzah – Johari

ALOR SETAR: Setiap pemimpin diminta untuk berlapang dada sekali gus menerima dengan hati terbuka teguran dibuat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terhadap kerajaan berikutan suara itu diyakini mewakili rakyat, khususnya dalam kalangan anak muda di negara ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, berkata sudah tiba masanya kepimpinan dalam kerajaan membincangkan mengenai teguran dibuat Nurul Izzah, berikutan ia pastinya dibuat berdasarkan fakta dan asas yang kuat, seterusnya mampu memberi impak buat negara.

“Nurul Izzah bercakap sebagai Ahli Parlimen dan sebagai pemimpin terdiri daripada anak muda beliau berhak bersuara menegur pemimpin atasan atau bawahan.

“Apatah lagi suara itu berdasarkan fakta, dan ia tidak sepatutnya dipandang negatif kerana beliau mempunyai asas yang kuat dan ia harus diterima dengan hati terbuka, ” katanya ketika dihubungi, di sini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nurul Izzah melalui satu temubual bersama akhbar Singapura itu dilaporkan menggambarkan perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu sebagai ‘sangat mencabar dan huru-hara’.

Anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut menyatakan kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat UMNO dalam Pakatan Harapan (PH), selain mengeluh mengenai usaha menguatkan golongan moderat yang menurutnya tidak cukup.

Pada masa sama, Johari berkata, teguran Nurul Izzah terhadap pemimpin atasan itu tidak sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang tidak mempunyai tatasusila kerana kerajaan memerlukan seseorang yang berani sepertinya untuk bersuara.

“Tatasusila memang perlu tapi ia tidak perlu mengikat pemikiran kita, kalau tidak ia akan digunakan sebagai sesuatu yang tidak boleh dirungkai, sama ada teguran itu dibuat tepat pada masa dan waktunya, ia boleh dibincang, ” katanya.

Ditanya mengenai pertemuan yang akan diadakan antara Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Nurul Izzah, Johari berkata Setiausaha Agung PKR itu berhak mendapatkan penjelasan.

“Prosedur itu adalah normal dalam kalangan mana-mana pimpinan parti untuk mendapatkan fakta sebenar daripada tuan punya badan sendiri berbanding hanya membacanya melalui akhbar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");