Berita Hari Ini

JBPM Tetap Usaha Cari Peserta Larian Gopeng Ultra Trail Yang Hilang

BESUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan operasi mencari dan penyelamat peserta larian yang hilang ketika menyertai acara larian lasak, Gopeng Ultra Trail (GUT), di kawasan Gua Tempurung, Perak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pencarian itu akan dilaksanakan dalam skala yang kecil.

Jelasnya pihaknya akan berusaha mencari mangsa dengan menggunakan kaedah dan kemahiran yang dimiliki pasukan itu.

“Kita tetap teruskan (pencarian) walaupun ada antara multi agensi dah berhenti (mencari). Cuma adakalanya pada masa tertentu, (kawasan itu) tak boleh masuk, dilarang,” ujar Mohammad Hamdan, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur mistik.

Sabtu lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29, dipercayai hilang ketika mengambil bahagian di dalam Gopeng Ultra Trail sejauh 25km yang bermula dan berakhir di Gua Tempurung.

Kehilangannya masih menjadi misteri meskipun hanya botol air digunakannya ditemui, namun pasukan sar masih belum menemui petunjuk lain untuk menjejaki mangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");