Membawang Hari Ini

Kalau Ditanya Sejauh Mana Dia Bahagia, Kata Fattah Tahap 100

Pelakon Fattah Amin berkata, dia akan kongsikan berita gembira jika dia dan isterinya iaitu Nur Fazura bakal menimang anak.

Fattah berkata, perkara gembira itu merupakan sesuatu yang tidak boleh disembunyikan.

“Kami sama-sama berusaha dan doakan kami dapat cahaya mata dalam masa yang terdekat. Ini rezeki yang kita tidak tahu.

“Kalau ada saya akan beritahu sebab benda ini tidak boleh disorok,” ujarnya memetik laporan MStar.

Fattah ditemui dalam sebuah sidang media khas bagi penjelasan berkaitan isu dakwaan menipu stokis yang diadakan di Universal Music, pada Rabu.

Dalam pada itu Fattah berkata, dia tidak pernah rimas apabila sering ditanya tentang cahaya mata selepas berkawin setahun yang lalu.

Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Dalam pada itu, ditanya tentang kehidupannya sejak berkeluarga, Fattah mengakui dia berada pada tahap yang sangat bahagia,

Fazura juga sentias menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dia kecapi hari ini.

“Jika dikira tahap satu sampai 10 saya kini tahap 10,tapi kalau satu sampai tahap 100 saya pada tahap 100 (kebahagiaan).

“Alhamdulillah doa saya dimakbulkan untuk mendapat kebahagiaan ini. Fazura banyak membantu saya, seperti yang orang selalu cakap di sebalik kejayaan lelaki itu ada seorang wanita,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");