Sukan Hari Ini

Kami Mahu Pemain ‘RM12 Juta’ Beraksi

KUALA LUMPUR: Presiden Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah meminta jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak ‘menyimpan’ Akhyar Rashid pada pertembungan Helang Merah dan Harimau Selatan di Stadium Darul Aman, malam ini.

Asmadi percaya, seluruh peminat juga ingin melihat sejauh mana tahap permainan bekas pemain Kedah itu yang kini memiliki ‘tanda harga’ RM12 juta.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan Akhyar akan menjadi sasaran utama penyokong Kedah susulan perpindahan kontroversinya ke JDT pada awal musim ini.

“Akhyar kena terima gelagat penyokong dan itu realiti sebagai pemain bola sepak profesional, jangan tak turun pula. Sebelum ini, pemain macam Akhyar memang kita bagi keistimewaan, tapi sekarang dia adalah lawan bila di atas padang,” kata Nor Asmadi.

“Kita minta jurulatih JDT turunkan Akhyar. Kalau kata pemain bernilai RM12 juta, kita nak tengoklah kemahiran pemain RM12 juta bertemu dengan anak kampung.

“Kita menanti (Akhyar) yang dulu asalnya dari budak kampung dan sekarang dikatakan pemain bernilai RM12 juta. Mampukah dia gegar Darul Aman atau Darul Aman yang gegar dia balik.”

Isu perpindahan Akhyar masih belum selesai dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebelum ini menjelaskan akan membawa kes itu ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang berpusat di Kuala Lumpur.

Mengakui Kedah mampu menamatkan rekod tanpa kalah JDT musim ini, Nor Asmadi turut berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat menurunkan pengadil terbaik untuk mengendalikan perlawanan yang dianggap berprofil tinggi dalam Liga Super lapor BHarian.

“Selain daripada kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan tinggi, tidak keterlaluan untuk kami sebagai penyokong meminta individu berbaju hitam (pengadil) di tengah padang memainkan peranan dengan baik dan penuh wibawa.

“Jangan turunkan pengadil kurang berwibawa, sebab kita takut stadium yang penuh jadi benda lain yang tak diingini. Itu perkara penting kita minta FAM dan MFL teliti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");