Perak Hari Ini

Karnival Kerjaya PUO Jemput Hadir Semua Pelajar Dan Pencari Kerja

IPOH- Karnival Kerjaya Politeknik Ungku Omar PUO- PERKESO menjemput semua pelajar dan para pencari kerja bagi mengikuti temuduga terbuka yang berlangsung selama dua hari.

Pengarahnya, Zairol Mustapa berkata karnival ini bukan sahaja terbuka kepada pelajar politeknik tetapi penubuhannya berkonsepkan tumpuan kepada komuniti setempat.

“PUO beriltizam untuk memberi bantuan kepada keperluan masyarakat sama ada dari segi kemahiran malahan, terbuka kepada yang berminat dan tidak tertumpu kepada para pelajar sepenuh masa.

“Semua pelajar dari universiti dan rakyat di Perak yang belum mendapat pekerjaan dijemput hadir bagi mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di PUO di sini hari ini.

Selain itu tambah beliau, terdapat banyak industri yang memberi sokongan dalam menawarkan kemahir khusus dalam pelbagai bidang serta mampu memberi peluang pekerjaan.

“Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET) merupakan salah satu bidang tumpuan di PUO yang telah melahirkan alumni lebih dari 7,000 orang dan mereka merupakan pakar-pakar dalam bidang ini.

“Oleh sebab itu kita mengatakan bahawa PUO merupakan gedung atau kilang utama bagi melahirkan insan sebegini dan ini adalah rumah pertama kepada mereka,” katanya.

Tambah beliau lagi, kebolehpasaran yang terdapat di politeknik tersebut adalah lebih dari 95 peratus yang mana terdiri daripada kerjasama bersama industri.

“Tetapi di Trans Resources Corporation Sdn. Bhd. (TRC), penyediaan pelajar di pasaran adalah sebanyak 100% malahan kami berhadapan dengan masalah bekalan tenaga yang tidak mencukupi,” katanya.

Karnival ini juga merupakan kesinambungan daripada program-program kerjaya yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini dan merupakan program berkala yang diadakan pada penghujung semester khususnya kepada pelajar-pelajar semester akhir bagi mengikuti sesi temuduga terbuka.

Di akhir pelaksanaan program ini, para pelajar di harapkan dapat mengaplikasikan penyediaan resume yang baik serta mempraktikkan teknik menghadiri temuduga yang telah dipelajari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");