Perak Hari Ini

Kebakaran Hutan 20 Ekar Di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Sekitar 20 ekar hutan di puncak bukit berhampiran dengan perkampungan Orang Asli Pos Legap, dekat sini, musnah dijilat api.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sungai Siput dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak mereka telah menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.24 pagi tadi.

Katanya, dianggarkan kejadian kebakaran berlaku pada ketinggian 1,500 kaki dari paras laut.

 

Tambahnya, sepasukan unit bomba daripada Bala Bomba dan Penyelamat Sungai Siput telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi kerja-kerja pemadaman.

Operasi turut disertai sepasukan daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) dan Unit Multi Skill Team (MUSTeam) JBPM.

“Permohonan Pesawat daripada Unit Udara juga sedang diusahakan bagi memantau jumlah keluasan daripada udara secara keseluruhan.

“Maklumat akan disalurkan mengikut tindakan semasa pasukan pemadaman,” katanya.

Operasi tersebut diketuai Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Jeffrey Abdullah

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");