Perak Hari Ini

Kebakaran Hutan Di Sungai Siput Tak Libatkan Pokok Balak

SUNGAI SIPUT: Hasil pemantauan unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebanyak 30 peratus Hutan Simpan Gunung Korbu, dekat sini, musnah dijilat api.

Jurucakap JBPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kebakaran tersebut berada di lokasi berhampiran dengan kawasan perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu dan Pos Legap.

Walau bagaimanapun katanya, kejadian kebakaran yang berlaku pada ketinggian 1,500 kaki dari paras laut itu tidak melibatkan pokok-pokok balak hutan simpan sebaliknya ia hanya memusnahkan pokok buluh dan pokok renek.

Katanya lagi, kerja-kerja pemadaman giat dijalankan yang mana pada jam 9.36 pagi tadi, anggota bomba telah menggunakan kaedah menjatuhkan air dari udara atau ‘water bombing’ untuk bagi mengawal kebakaran.

“Terkini JBPM telah mendirikan pos kawalan bomba di Pusat Latihan Perhutanan Jalan Lintang Sungai Siput. Jentera helikopter JBPM juga ditempatkan di sini.

“Pada masa ini, ‘helli well’ telah dipasang oleh Unit Multi Skill Team (MUSTeam) JBPM, dengan kerjasama Pejabat Hutan Sungai Siput di Kampung Santek, untuk tujuan mengambil air bagi membuat ‘water bombing’,” katanya.

Seramai 30 anggota JBPM, 18 anggota daripada Pejabat Hutan Sungai Siput dan anggota polis telah ditempatkan di tempat kejadian.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu.

Pada semalam, JBPM negeri mengesahkan telah menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada jam 8.24 pagi Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");