Sukan Hari Ini

Kecederaan Tak Halang Neymar ‘Berpesta’

LONDON: Ketika rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG) berhempas pulas menjalani persiapan bagi aksi kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Manchester United, ia tidak menghalang bintang kelab itu Neymar untuk bersuka ria.

Neymar ketika ini berada di negara kelahirannya, Brazil bagi menjalani proses pemulihan susulan kecederaan patah tulang metatarsal yang dialaminya, penghujung Januari lalu.

Sekali pun sedang menjalani rawatan dan dijangka tersisih selama sekurang-kurangnya 10 minggu, situasi itu tidak menghalangnya untuk berpesta apabila dia dilihat bersuka ria dengan penyanyi pop sensasi Brazil, Anitta di pesta terkenal dunia Rio de Janeiro Carnival.

Penyerang itu dilihat mencium dan memeluk Anitta tetapi ironinya, bekas pemain Barcelona itu kemudiannya turut didapati bercakap dengan wanita berambut perang misteri di Sambadrome pada malam yang sama.

Akhbar gosip di Brazil mengaitkan Neymar dan Anitta mempunyai hubungan romantik sejak beberapa minggu lalu.

Begitupun, ini bukan kali pertama Neymar keluar berpesta di Carnival kerana dia sebelum ini turut kelihatan di Salvador, Bahia di Timur Brazil dan bersama seorang lagi penyanyi Rafaela Porto.

Neymar mengalami kecederaan patah tulang metatarsal ketika perlawanan menentang Strasbourg dalam kempen Piala Perancis dan pulang ke negara kelahirannya bagi menjalani pemulihan.

Dia setakat ini sudah terlepas tujuh perlawanan Ligue 1 bersama PSG dan dua aksi Piala Perancis serta aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang United.

Pada aksi pertama di Old Trafford, skuad kendalian Thomas Tuchel menang 2-0 dan mereka dijadual menanti kunjungan United di Le Parc des Princes, awal pagi Khamis ini. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");