Sukan Hari Ini

Kepulauan Solomon Tidak Faham Syarat FIFA – Yusoff

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, menganggap pasukan Kepulauan Solomon tidak memahami syarat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang telah ditetapkan.

Memetik laporan Stadium Astro, Kepulauan Solomon asalnya bersetuju menggantikan New Zealand untuk beraksi dalam kejohanan empat penjuru Piala Airmarine di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20-23 Mac ini sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri.

Pasukan itu menyatakan FIFA hanya membenarkan setiap pasukan mengharungi dua aksi perlawanan dalam satu jendela antarabangsa sebagai alasan untuk menarik diri.

Bagi Yusoff, Kepulauan Solomon gagal memenuhi spesifikasi ditetapkan FIFA apabila tidak mempunyai tempoh rehat 48 jam untuk aksi persahabatan ketiga mereka bertemu Taiwan, 24 Mac ini.

“Mereka telah mengaturkan perlawanan persahabatan sebelum bersetuju beraksi dalam Piala Airmarine. Jadi mereka terpaksa menarik diri kerana tidak boleh mengadakan perlawanan antarabangsa lebih daripada dua dalam satu jendela,” kata Yusoff.

FAM kini dalam usaha mendapatkan Afghanistan yang berada di ranking ke-147 bagi menggantikan Kepulauan Solomon yang berada di kedudukan ke-160 dunia itu.

“Kami masih menunggu pasukan yang bakal menggantikan Kepulauan Solomon untuk beraksi dalam Piala Airmarine,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");