Berita Hari Ini

Kerajaan Johor Tunggu Laporan Kimia Dakwaan Wujud Sianida

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri perlu menunggu laporan ujian toksikologi dari Jabatan Kimia bagi memastikan kewujudan elemen sianida dalam pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan perkara itu.

“Kita tunggu laporan ujian daripada Jabatan Kimia sebelum memaklumkan berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, melawat pusat rawatan awal pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam laman sosial Twitter HRH Crown Prince of Johor, mendakwa wujud elemen sianida dalam tubuh hampir semua mangsa.

Malam tadi, Tunku Ismail melawat pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada jam 10.45 malam memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");