Berita Hari Ini

Kereta Dr Maza Dibakar

KUALA LUMPUR – Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr Maza) musnah disyaki dibakar oleh pihak tertentu di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan, Perlis.

Kejadian disedari jam 5.45 pagi itu merosakkan bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam yang terbakar sepenuhnya.

Turut terbakar tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu manakala cermin belakang dan depan juga pecah.

Kejadian disahkan Ketua Polis negeri Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan, selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.

“Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Satu pasukan Unit Forensik turut dihantar ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");