Panasnya Hari Ini

Kes Pecah Amanah, Salah Guna Kedudukan: Mahkamah Rayuan Tolak 3 Permohonan Najib

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak tiga rayuan interlokutori Datuk Seri Najib Razak dalam kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Tiga rayuan interlokutori terbabit adalah permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mendapatkan perintah bagi melarang media dan orang ramai daripada membincang dan menerbitkan kenyataan mengenai merit kesnya.

Ia juga berhubung permohonannya untuk mendapatkan dokumen siasatan termasuk pernyataan saksi sebelum perbicaraan kes SRC International bermula dan rayuan mengenai tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan bagaimanapun meembenarkan rayuan Najib untuk mendaptkan surat pelantikan peguam, Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan kes berkenaan.

Mahkamah dengan itu mengarahkan pendakwaan mengemukakan surat pelantikan berkenaan dalam masa tiga hari.

Bagi tiga rayuan yang ditolak, panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara selepas mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat kesilapan apabila menolak permohonan Najib.

Ia juga memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan tiada keperluan untuk masuk campur terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC.

Beliau kemudian didakwa dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana sama memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");