Turut direman bagi kes sama ialah tiga kontraktor lelaki berusia antara 34 hingga 43 tahun.

Perintah tahanan reman ke atas semua suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Rashidah Azmi.

Terdahulu, tiga kontraktor tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini kira-kira pukul 9.20 pagi tadi diikuti Ketua Penolong Pengarah ICU kira-kira sejam kemudian.

Empat individu berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada petang kelmarin kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu bernilai RM1.2 juta.

Mereka disyaki terlibat dalam membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pelancongan berjumlah RM1.2 juta yang melibatkan program-program pelancongan di Pulau Langkawi.

Pembayaran untuk kerja-kerja tersebut telah dibuat antara tahun 2014 hingga 2016, bagaimanapun ia tidak dilaksanakan.

Difahamkan, penjawat awam yang kini bertugas di ibu pejabat ICU Putrajaya melakukan perbuatan itu ketika bertugas di negeri ini.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahaan keempat-empat suspek berkenaan. – K! ONLINE