Sukan Hari Ini

Kim Swee Harap Penyokong Hadir

KUALA LUMPUR – Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee berharap penyokong hadir menyaksikan perlawanan melibatkan Malaysia dalam saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Stadium Shah Alam bermula Jumaat ini.

Jelasnya, sokongan daripada penyokong amat penting dalam usaha menyuntik motivasi pemain ketika beraksi di atas padang memandangkan saingan tersebut merupakan peluang untuk mereka memburu tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

“Setahu saya apabila pasukan B-23 bermain, kita tahu penyokong akan hadir. Sama juga esok, di mana kita perlukan penyokong, yang secara tidak langsung akan memberikan motivasi kepada pemain.

“Ini amat penting, bukan sahaja menentang Filipina esok, tetapi ketiga-tiga perlawanan (Laos dan China). Saya harap penyokong hadri dengan begitu ramai, sekali gus memberikan sokongan padu kepada kami.

“Ini kerana kejohanan ini penting untuk kami melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Jepun,” kata Kim Swee dalam sidang akhbar menjelang pertembungan pertama mereka menentang Filipina di Stadium Shah Alam, esok, lapor Utusan Online.

Selain Filipina, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J turut bakal berdepan Laos Ahad ini serta China dua hari berikutnya.

Juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand.

Hanya empat atau lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.

Malaysia melakar sejarah mara ke suku akhir dalam penampilan sulung kejohanan di China, tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");