Perak Hari Ini

KPLB Belum Terima Permohonan Geran Kampung

IPOH- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memaklumkan bahawa mereka belum menerima sebarang permohonan geran di peringkat kampung.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihak kementerian berharap agar prosedur permohonan geran dapat disegerakan kerana sehingga ke hari ini pihak mereka masih belum menerima permohonan daripada kampung-kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun

“Data-data ini masih lagi berkurangan dan kita mahu kesemua pengerusi dan jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) membantu bagi melengkapkan profil-profil kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Hotel Kinta Riverfront semasa majlis Interaksi Yb Menteri Bersama Pengurusan Komuniti Kampung Negeri Perak di sini, hari ini.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi.

Dalam pada itu tambah beliau, aplikasi iDesa yang dilaksanakan pada peringkat negeri bertujuan untuk memudahkan penyebaran maklumat serta data diterima di peringkat kerajaan pusat.

“Kalau boleh kami mengharapkan akan ada produk kampung supaya pelancong atau rakyat Malaysia sendiri dapat mengakses maklumat terus melalui aplikasi tersebut,” katanya.


Selain itu kata beliau, selama dua hari telah berlangsungnya Kursus Induksi Majlis Pengusrusan Komuniti bagi peringkat negeri Perak bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada MPKK mengenai kursus serta kemahiran dari segi hands-on iaitu cara-cara pengurusan mesyuarat, pengurusan kewangan, inventori, cara membuat kertas kerja dan yang paling penting adalah peranan MPKK itu sendiri.

“Di Perak sahaja, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat adalah seramai 1658 orang dan kehadiran pada hari ini hampir 1400 orang.

“Jika kita lihat sebenarnya, hampir 95 peratus MPKK di negeri Perak merupakan pertama kali dilantik dalam jawatankuasa MPKK.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjalankan kursus induksi MPKK ini yang meliputi 12 daerah.

“Dalam masa yang sama, kita juga menyediakan peruntukan khas kepada kesemua MPKK seperti yang semua telah sedia maklum.

“Pada masa yang sama, mereka turut diajar cara untuk menyediakan kertas kerja dan yang paling penting mereka turut diajar cara-cara untuk menyediakan profil kampung serta menyediakan data-data kampung menggunakan aplikasi iDesa,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai Desa Harapan yang telah dilancarkan di Kampung Kinjang ada tahun lalu yang mana bakal dilaksanakan pula di Kedah malahan disetiap negeri mengikut kesesuaian masa.

“Penglibatan daripada pihak swasta amat dialukan dan kampung yang terlibat bakal dikenalpasti dari semasa ke semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");