Panasnya Hari Ini

Lagi Sikit Calon Lagi Bagus – Mohamad

SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, pada mulanya menjangkakan lebih empat calon akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kali ini.

Menurut BH Online, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, ia berdasarkan lapan borang pencalonan yang dijual Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti diumumkan semalam.

“Saya jangkakan sekurang-kurangnya lima calon yang akan bertanding kali ini, tetapi tak apa, lagi sikit lagi bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRK Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini.

PRK Rantau pada 13 April ini secara rasminya akan menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Selain Mohamad, tiga lagi calon ialah PH dari PKR, Dr S Streram serta dua calon Bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yassin.

Mohamad berkata, tiada manifesto disediakan bagi PRK kali ini kerana di Rantau tiada isu dan sudah ada banyak kemudahan.

“Saya hanya mahu memberi tumpuan menjadi pasukan pembangkang untuk semak dan imbang perjalanan dan dasar kerajaan sedia ada.

“Semua dasar sepatutnya membantu rakyat dan bukan membebankan lagi rakyat,” katanya yang berharap semua calon mengamalkan kempen sihat bagi mengelak dikenakan tindakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");