Perak Hari Ini

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Bakal Rancakkan Ekonomi Utara Perak – MB

IPOH: Kerajaan Perak menyambut baik dan mengucapkan tahniah kepada Kedah atas keputusan Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dengan adanya projek tersebut ia dilihat akan merancakkan lagi ekonomi di negeri ini khususnya di bahagian utara.

“Begitu juga ia akan menjadi pelengkap yang memudahkan para pengilang yang akan menggunakan KXP sebagai pusat kargo.

“Ia yang mana kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak mampu mengendalikan sebilangan besar jumlah pesawat kargo,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkeyakinan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menolak cadangan kerajaan negeri yang sebelum ini mengusulkan pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Perak.

Jelasnya, beliau yakin kerajaan pusat sedang menimbang sebaik mungkin semua cadangan yang telah diusulkan kepada mereka.

Ujarnya, buat waktu ini Kerajaan Perak akan memberi fokus terhadap usaha menambahbaik Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

“Saya kira pertimbangan lain yang perlu dibuat terlebih dahulu dan masa sekarang ini, ialah untuk Perak menarik lebih banyak pesawat terbang ke Ipoh.

“Maka kita kini perlu cari jalan untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Townhall Maqasid Syariah Based Governance di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Ia dihadiri sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");