Berita Hari Ini

Lebih 260 Sekolah Laksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan

KUALA LUMPUR: Lebih 260 sekolah telah melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP).

Pada masa sama, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kementeriannya tidak pernah mewajibkan mana-mana sekolah untuk melaksanakannya.

“Namun, pengetua dan guru besar digalakkan untuk menggunakan kreativiti mengikut konteks sekolah dalam melaksanakan aktiviti di sekolah masing-masing.

“Modul ini adalah merupakan himpunan aktiviti yang bersifat unpacked curriculum yang komprehensif dan berstruktur,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap), di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, hasil tinjauan pada 2018 terhadap keberkesanan dalam modul berkenaan, di mana ia berjaya memberi penguasaan kepada kemahiran insaniah murid dari pelbagai aspek.

“Ia termasuk aspek kepimpinan, komunikasi, pemikiran inovatif dan kreatif, kemahiran dwibahasa, pembangunan karakter murid, nilai dan etika,” tambahnya.

Katanya lagi, acara Perhimpunan 10 minit itu dilaksanakan sepenuhnya ke atas murid dan bukan guru.

“Jadi, murid boleh berkreativiti dalam melaksanakan (program) 10 minit itu,” ujar Maszlee.

Selain itu, kementeriannya juga sedang menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni yang memberi fokus kepada tanggungjawab, kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati memetik laporan Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");