Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, pokok ganja itu ditanam dalam polibeg di belakang reban ayam di belakang rumah itu.

“Dalam pemeriksaan yang dijalankan pihak polis terlebih dulu menjumpai satu botol yang diubah suai menjadi alat menghisap dadah di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

“Pemeriksaan di belakang rumah pula menjumpai dua tumbuhan disyaki pokok ganja dengan setiap satunya mempunyai ketinggian kira-kira 30 dan 15 sentimeter,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, pihak polis bertindak menahan lelaki tersebut dan merampas kedua-dua pokok ganja serta peralatan menghisap dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM100.

Ujarnya, siasatan awal polis mendapati lelaki itu pernah ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 serta Seksyen 12 (3) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki tumbuhan disyaki pokok ganja memetik laporan Utusan Online.