Berita Hari Ini

Lelaki Kena Pukul Kerana Tukar Agama

KULIM: Seorang pengawal keselamatan lebam di kepala selepas dipukul dua lelaki dengan besi, dipercayai kerana memeluk agama lain, di Taman Kobis, Paya Besar, di sini, kelmarin.

Menurut laporan BH Online, dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa berusia 34 tahun sedang menunggang motosikal sebelum seorang lelaki yang juga rakannya memanggilnya, menyebabkan beliau berpatah balik menuju ke arah suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor, berkata suspek berusia 43 tahun kemudian meminta kepastian kepada mangsa sama ada sudah memeluk agama lain atau tidak.

Katanya, sebaik mangsa mengaku menukar agama, secara tiba-tiba mangsa terasa bahunya disentuh dari belakang dan mendapati abang suspek muncul manakala suspek mencapai sebatang besi dari gerai berhampiran dan terus memukulnya.

“Selepas memukul lelaki berkenaan, mereka melarikan diri dan mangsa yang lebam di kepala, tangan kiri dan betis kiri menerima rawatan di Hospital Kulim.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kulim Hi Tech untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Safuan berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis mengesan suspek sebelum menahannya jam 3 petang semalam berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Kobis, Lunas, di sini.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam kejadian memukul mangsa kerana tidak berpuas hati apabila rakannya itu menukar agama.

“Semakan juga mendapati dia memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, mendatangkan kecederaan dan pecah masuk,” katanya.

Safuan berkata, perintah tahanan reman akan dipohon hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan seorang lagi suspek iaitu abang kepada suspek yang ditahan bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");