Berita Hari Ini

Lepas Masuk Johor, Najib Diingatkan Api Di Pekan

Lawatan Najib Razak Pasir Gudang untuk bertemu penduduk yang menjadi mangsa pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim semalam mengundang sindiran pengkritiknya di media sosial.

Najib – yang mendakwa dirinya sebagai Raja Troll baru-baru ini – hadir ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang selepas menghadiri beberapa majlis di Johor Bahru.

Bekas perdana menteri itu turut hadir dalam pertemuan dengan pemimpin Umno Johor Bahru. Beliau turut menunjukkan rasa teruja apabila majlis tersebut turut dihadiri pemimpin PAS kawasan terbabit.

Bagaimanapun hari ini ada pihak yang mengingatkan Najib bahawa di Pekan – kawasan parlimen yang diwakilinya – kini sedang berdepan masalah kebakaran hutan dan jerebu.

Kejadian di kawasan Pulau Serai itu berlaku sejak seminggu lalu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberitahu usaha memadam sepenuhnya kebakaran sukar akibat cuaca panas terik, kering dan berangin.

Dipetik Bernama hari ini Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Ismail Abdul Latif, berkata operasi memadamkan kebakaran kini tertumpu di kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Pulau Serai hingga kawasan rumah penduduk di sekitarnya.

Turut disasarkan ialah hutan berhampiran Sekolah Berasrama Penuh Integrasi SBPI Pekan dan tempat longgokan kayu di bahagian belakang tempat parkir lori sebuah syarikat pengangkutan.

Sehingga pukul 12 tengah hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang diterima daripada Jabatan Alam Sekitar ialah 116 iaitu paras udara tidak sihat.

View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

Adrian Lim Chee En@adrianlimcheeen

Dah 6 hari (sejak 11 Mac) Pekan jerebu sebab kebakaran.

Ahli Parlimen Pekan masih sibuk buat troll?
Bossku masih sibuk kat Johor?
Ada penyokong Najib nak desak darurat?

89 people are talking about this

“Jabatan Alam sekitar juga mengesan sepuluh titik panas di sekitar daerah Pekan iaitu di Mukim Bebar (lapan), Mukim Pekan (dua), dan masing-masing satu di Mukim Pulau Manis dan mukim Langgar,” katanya.

Seorang pengguna Twitter, Adrian Lim Chee En, mengusik Najib dengan ciapan: “Ahli Parlimen Pekan masih sibuk buat troll? Bossku masih sibuk kat Johor? Ada penyokong Najib nak desak darurat?”

Darurat yang dipetik Lim itu merujuk kepada desakan pelbagai pihak – termasuk penyokong BN – agar kerajaan Johor mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang.

Bagaimanapun awal petang tadi Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan operasi pembersihan di sepanjang 1.5km Sungai Kim Kim selesai hari ini.

Kerja pembersihan tersebut bermula pada Rabu lalu.

Menterinya Yeo Bee Yin berkata walaupun sudah bersih pemantauan tetap terus dilakukan.

“Hari ini kita boleh kata ia adalah hari pemantauan.

“Selepas pantau, barulah kita boleh tengok apa langkah seterusnya yang boleh dibuat,” katanya di Johor Bahru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");