Berita Hari Ini

LHDN Nafi Pejabatnya Diserbu SPRM

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan pejabatnya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

Bahagian Komunikasi pejabat ketua pegawai eksekutif LHDN dalam kenyataan hari ini menjelaskan kehadiran SPRM adalah untuk mendapatkan bantuan dalam proses melengkapkan kertas siasatan mereka.

“LHDN amat kesal dengan kandungan artikel yang diterbitkan kerana melaporkan secara tidak tepat seolah-olah menggambarkan LHDN terlibat sama dalam kes yang sedang disiasat SPRM.

“(Ini) menjejaskan reputasinya sebagai organisasi yang sentiasa meniktikberatkan profesionalisme dan integriti yang tinggi dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai agensi pemungut hasil negara,” katanya.

Portal tersebut menyiarkan berita bertajuk “SPRM serbu LHDN, syarikat IT siasat kes SSM semalam”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");