Panasnya Hari Ini

Lokman Adam Didakwa Hari Ini

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, akan didakwa di mahkamah, susulan insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikatakan dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini, baru-baru ini.

Lokman yang mengesahkan perkara itu melalui laman sosial Facebooknya berkata, beliau menerima surat pertuduhan, hari ini, dan diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, jam 9 pagi.

Beliau berkata, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Mutalif Abdul Rahim, dan dua lagi individu juga akan dituduh berhubung kes itu.

“Saya dikatakan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang akan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan di mana kononnya saya sudah mendatangkan kecederaan (kepada salah seorang mahasiswa),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, tercetus insiden tolak-menolak antara mahasiswa UM dengan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, Jumaat lalu.

Ketika kejadian, Najib dikatakan sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.

Polis mengesahkan menerima 12 laporan berikutan insiden itu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");